Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan ini. "makanlah yang ini, yang itu tak boleh "jangan buat itu, kena buat macam ni "dan macam-macam lagi. Kalau sebelum ini saya ada menulis artikel 5 Mitos Fitness, di sini saya senaraikan 5 lagi mitos yang sering didengar.
Mitos 6: Sekarang, saya sudah mula berlatih, bolehlah saya makan apa saja
Realiti: Anda sudah mula berlatih sekarang. Apa yang anda makan lagi penting. Anda perlukan makanan berkhasiat bukan yang sia-sia. Anda akan berasa lebih bertenaga, bukan saja semasa berlatih, malahan sepanjang hari. Tidur nyenyak dan mampu melawan beberapa penyakit.
Mitos 7: Kalau wanita angkat berat, tubuh mereka jadi sasa dan berketul-ketul
Realiti: Saya dah biasa sangat dengan kenyataan begini. Sebenarnya tidak ramai wanita yang ada nisbah testosteron ke estrogen yang membawa kepada pertambahan saiz otot. Wanita yang nampak sasa itu sebenarnya menyimpan banyak lemak. Susah bagi wanita Asian membentuk tubuh yang besar dan padu. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh membentuk tubuh yang tegap dengan latihan yang lebih ringan (lebih 25 kali) daripada hanya beberapa kali latihan berat.
Mitos 8: Makan banyak protein akan menambah pertumbuhan otot
Realiti: Terutama protein daripada makanan tambahan. Benar, protein membekal bahan bakar kepada otot. Cuba fikirkan – Adakah dengan menambahkan petrol ke dalam tangki akan membuatkan kereta anda bergerak? Tentu tidak! Petrol tambahan digunakan hanya apabila diperlukan. Samalah macam tubuh manusia. Lebih protein tidak membina otot. Ia hanya menyediakan bahan bakar untuk otot apabila diperlukan.
Jangan keliru antara bahan bakar daripada lemak, karbohidrat atau protein ini. Protein digunakan untuk membina semula otot selepas latihan.
Mitos 9: Saya boleh makan semua makanan lemak sifar
Realiti: Banyak syarikat menyalahgunakan istilah makanan 'sifar lemak' ini untuk melariskan produk mereka. Apa yang mengurang atau menambahkan berat badan bukannya lemak, tetapi jumlah kalori. Ada juga minuman lemak sifar ini mengandungi kalori berbanding dengan minuman biasa yang bergula (karbohidrat). Makanan/minuman begini memang lazat. Dikhuatiri anda terlebih makan pula nanti.
Mitos 10: Semua kalori sama sahaja
Realiti:
No comments:
Post a Comment