Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
Aku dan Mr.X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!
Tertarik vs menarik?
"Kita akan tertarik kalo sesuatu itu menarik"
Alamak..Mr.X sudah memulakan bicara falsafahnya.
"Mmm..betul" jawabku ringkas.
"Jadi kalo sume bende ini menarik maka kita akan tertarik" sambung Mr.X
"Betul" aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.
"Maka kalo kita menarik semua orang akan tertarik"
"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya" responku
"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau di'rephrase' balik statement ko tadi: setiap orang itu sama daya tarikannya" balas Mr.X.
"Mm...in theory kite bleh bercakap tentang persamaan, but in reality...."
"That's the problem my friend...let me tell u a very short story" Mr.X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng
Kampung Y (Sekadar hiasan)
Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.
Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.
Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.
Laporan Abu : Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.
Laporan Ahmad : Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!
"Faham?" Mr.X menutup ceritanya.
"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.
"Kamu nie...camnie...dalam hidup nie, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negative.
Ramai orang pilih untuk tengok dari aspek negative, whereas only a few people yang tengok dari aspek positive...remember
What u see is what u get!
Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu dok cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!
.....
Faham?!"
Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.
No comments:
Post a Comment