terkadang kita terfikir,
adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
teman sekerja yang tak ngam’?
kawan2 sekolah/uni yang takleh nak buat geng study?
housemate yang menyakitkan hati ( sebab tak reti basuh pinggan, cakap pedas, etc etc)?
ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
( atau even adik beradik atau family kita yang kita takleh nak faham perangai mereka?)
(( hohoho.. jangan ingat entry ini hanya untuk cintan cintan sahaja, kay?))
sebab hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
sebab hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini. Terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.
kerana berlainannya manusia itu adalah utk apa…..
) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Alhujurat: 13)
utk lita’arafu..
untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasa dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil2 perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri. apatah lagi memutuskan silaturrahmi.
Walaupun diri kita dengan dia,
satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
DAn kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kene sentiasa berusaha mencari titik persamaan…
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita:
akan kekurangan diri kita sendiri.
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati – kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah rabbul jalil
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab ALlah sahaja yang membindkan hati kita insyaallah.
And He Knows best.
Wallahualam
bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar2 yakin akan Dia..
PS: yakinlah, bila kita ada masalah dengan manusia lain, manusia lain pun mesti ada masalah dengan kita. Maka toleransilah kuncinya.
Macam bapak mertua sering berpesan kepada kami; selalulah give and take, even pada semua manusia sendiri pun.
No comments:
Post a Comment