Tuesday, March 8, 2011

Kurnia Sayap


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah Al-Mulk Ayat 19.
Kuasa Pemerintahan Terhebat
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Mulk (Surah ke 69) Ayat 19.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk."
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam."
Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Itulah yang menahan (Al-Maa'inah) dan yangmenyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur."
Photo by: Zulhafidz
Siapakah yang memberikan angin yang tidak terlihat sebagai medium apungan kepada sayap-sayap burung? 
Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, .... "Sungguh saya ingin supaya surah tabaarak ini diucapkan di dalam hati (dihafal) oleh setiap umatku (Riwayat Atthabarani)
Ibnu Abbas r.a. berkata pada seorang, "Sukakah kuhadiahkan padamu suatu hadis yang amat menyenangkanmu?"
"Baiklah", jawab orang itu.
Lalu Ibn Abbas berkata, "Bacalah tabaa rakal ladzi biyadihil mulku sehingga akhir surah al-Mulk dan ajaklah keluarga, isteri, anak-anakmu serta tetanggamu, maka sesungguhnya surah itu akan menyelamatkan bahkan akan membelanya di hari kiamat di hadapan Tuhan terhadap orang yang selalu membacanya, ia akan minta kepada Tuhan bagi orang yang membacanya supaya selamat dari siksa kubur dan siksa neraka.
Dipetik dari Abul Fidaa' Ismail Bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsier) (1988), Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 8&9,  H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy (terj), Kuala Lumpur: Victory Agency, h. 170-171.

No comments:

Post a Comment