Jika mahukan hubungan yang berpanjangan dengan pasangan, lebih baik mementingkan diri sendiri atau bersikap ego kerana ia kunci kepada hubungan yang berjaya.
Membuat perubahan kecil dalam rutin harian adalah salah satu cara untuk menunjukkan komitmen anda dalam hubungan. Bagaimanapun, jika pengorbanan terus dilakukan dalam keadaan tertekan, ia bukan idea yang baik bagi kelangsungan hubungan. Sebaliknya, anda akan berasa lebih beban dan ia bukan ‘pelaburan’ dalam hubungan,” Casey Totenhagen, Ahli Sains Sosial, University of Arizona, Amerika Syarikat
Hasil kajian menyatakan, jika membantu pasangan dalam mood yang tidak baik, situasi boleh menjadikan mood anda lebih teruk. Malah, melakukan kerja yang anda biasa tidak buat dan dilihat sebagai ‘pengorbanan', bukannya satu kebaikan.
Kajian itu turut menyatakan, lelaki dan wanita menawarkan untuk mengambil alih kerja yang biasanya dilakukan oleh pasangannya, boleh membuat mereka kelihatan seperti pasangan sempurna.
Bagaimanapun, hakikatnya apabila pengorbanan dilakukan oleh pasangan yang berasa tertekan, ia boleh membuat tekanan lebih teruk lagi.
Kesan pada hubungan
“Melakukan kerja bagi membantu pasangan, mungkin kelihatan seperti perkara betul untuk dilakukan, tetapi jika anda berada dalam mood tidak baik, pengorbanan ini boleh membuatkan hubungan anda lebih berbahaya daripada kesan baik,” kata penyelidik.
Kaji selidik membabitkan 164 pasangan, berkahwin dan belum berkahwin, yang sudah menjalinkan perhubungan enam bulan hingga 44 tahun.
Setiap satu daripada 328 individu, diminta untuk mengisi kaji selidik dalam talian setiap hari, sepanjang tujuh hari. Hasilnya, menunjukkan pengorbanan harian mereka dibuat untuk pasangan dalam 12 kategori, seperti penjagaan kanak-kanak, kerja rumah dan jumlah masa yang dihabiskan dengan kawan-kawan.
Mereka juga diminta melaporkan, susah payah yang mereka alami hari itu dan berapa banyak yang mereka perlu bersusah-payah membabitkan diri mereka.
Responden kemudian disenaraikan, pada skala satu hingga tujuh, bagaimana mereka berasakan komited, dekat dan berpuas hati kepada pasangan mereka dengan hubungan mereka pada hari itu.
Bagi tujuan kajian ini , pengorbanan ditakrifkan sebagai tidak besar, keputusan mengubah hidup hanya membabitkan perubahan kecil dalam rutin harian. Dengan tujuan, melakukan sesuatu yang baik kepada pasangan dan mengekalkan kualiti hubungan.
“Membuat perubahan kecil dalam rutin harian adalah salah satu cara untuk menunjukkan komitmen anda dalam hubungan. Bagaimanapun, jika pengorbanan terus dilakukan dalam keadaan tertekan, ia bukan idea yang baik bagi kelangsungan hubungan. Sebaliknya, anda akan berasa lebih beban dan ia bukan ‘pelaburan’ dalam hubungan,” kata Totenhagen.
Tunda pekerjaan
Tambahnya, tekanan tidak akan pernah hilang daripada kehidupan seseorang. Justeru, beliau menyarankan, ketika anda mengalami hari yang berat atau tertekan, cubalah untuk menunda melakukan kerja rumah seperti mencuci baju atau pesanlah makanan dari luar daripada harus memasak sendiri.
"Berkorban untuk pasangan ketika anda sendiri tidak bersedia melakukannya, akan membuat anda tambah tertekan," katanya.
Bagaimanapun, adalah baik untuk mencatat atau setidak-tidaknya memperhatikan setiap bantuan yang dilakukan pasangan.- Agensi
No comments:
Post a Comment