Monday, November 11, 2013

Makan dalam

‘Moody’ adalah biasa bagi gadis yang sedang ‘datang bulan’. Ada saja yang tak kena dan emosi memang tidak stabil membuatkan rasa marah mudah saja berlaku jika salah percaturan.
Tapi lelaki yang ‘moody’ pula adalah kerana sikap­nya yang suka memendam rasa atau menyembunyi masalah hingga akhirnya emosi itu menyerang fikiran dan meletus hingga bertindak di luar jangkaan. 
Begitulah teruk ‘mood’ jika salah dikawal. Semua benda boleh terbalik kerana ketika itu, jiwa memberontak dan hanya inginkan rasa puas tanpa fikir kesannya kemudian hari. Namun tidak semua individu ‘moody’ itu tidak baik sebaliknya mereka hanya terjerat dengan sikap begitu. 

Tapi ada juga sebab lain yang boleh mengganggu ‘mood’ seseorang termasuk individu yang gemar mengkritik dan mengomel tanpa alasan konkrit. Mereka hanya suka memberikan komen negatif dan berfikir buruk sebelum mengetahuinya lagi.

Jiwa suka merungut-rungut, selalu tidak puas hati. Orang yang demikian tidak pernah menikmati sejahtera dan istirahat di dalam jiwanya. Itulah yang menyebabkan ‘mood’ mereka kemudiannya terganggu.

Kemudian individu yang pendiam dan jenis yang ‘makan dalam’. Hati sempit dan suka berdendam. Dendam yang tidak dibuang atau diluahkan akan membuat dirimu tidak sejahtera. 

Hati yang sempit tidak mudah melupakan kesalahan orang lain dan akan selalu mengikat dirimu untuk tidak bisa menikmati sejahtera yang sungguh-sungguh. Ini kerana jiwa itu tidak tenteram dan hanya memikirkan soal tidak puas hati itu saja. 

Alasan ketiganya adalah individu yang suka merasa iri kepada orang lain. Iri hati adalah kanser yang menghancurkan dalaman jiwa secara perlahan tanpa disedari. Malah lebih kronik, individu yang mempunyai sikap sebegini ada kalanya tidak sedar akan sikapnya itu. 

Sebab keempat yang boleh mengganggu ‘mood’ adalah mereka yang suka marah. Mengapa seseorang marah? Kerana terlalu tertekan dengan keputusan atau keinginan hati yang tidak berjaya dipenuhi. Atau mungkin kerana marahkan keadaan dan benda sekeliling. 

Marah membuktikan yang seseorang individu itu sudah tidak berdaya. Marah hanya menyelesaikan kerisauan yang ada di dalam dirimu lalu melemparkannya kepada orang lain hingga mengundang rasa tidak selesa. 

Itu adalah sebab yang akan mengganggu ‘mood’ seterusnya merosakkan fokus. 
Terakhir, sebab kelima yang boleh merosakkan ‘mood’ seseorang adalah kerana rasa takut. Ia adalah suatu perasaan yang membuat seseorang tidak stabil, sentiasa rasa tidak selamat atau dalam bahaya dan timbul saat keadaan di luar kawalan kita. 

Sebenarnya yang penting bukanlah kita mampu mengawal situasi atau tidak, sebaliknya mampukah kita mengawal hati kita sendiri. Tiada siapa mampu mengawal perasaan dalam jiwa kita melainkan diri sendiri. 

Justeru jangan ada rasa takut terutamanya dengan individu lain kerana kita perlu terap dalam jiwa yang rezeki itu milik Allah dan ia sudah merencana jalan terbaik untuk hamba-Nya. 

Jika bukan untuk kita, jangan sekali mempertikaikan orang lain kerana itu akan menjurus perasaan dengki, iri dan benci dalam jiwa.

No comments:

Post a Comment