‘Hang, depa, mu, aok, koi, demo, kawe, ambe’. Itu antara kata ganti diri yang sering kita dengar dalam loghat bahasa negeri seluruh Malaysia. Malangnya, ungkapan itu semakin kurang didengari kini khususnya dalam perbualan dalam kalangan anak muda. Kenapa?
Bukan mempersoalkan punca tetapi penulis ingin tahu kenapa penyakit malu melanda anak perantauan hingga mereka tidak mahu bertutur bahasa kenegerian masing-masing. Mungkin dengan menganggap persepsi masyarakat kota melabel sesiapa bertutur dalam bahasa loghat dikatakan kekampungan menjadi penyebab anak muda sekarang lebih gemar berbahasa baku walaupun bertemu kawan negeri sendiri.
Apa itu loghat
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri sesebuah golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat tetapi juga ditentukan oleh faktor lain seperti darjat sosial.
Menurut sumber, asalnya, istilah loghat berasal daripada perkataan Arab (l˙ga) yang bermaksud ‘bahasa’, sementara istilah dialek dipinjam daripada bahasa Inggeris melalui perkataan Yunani (dialektos) bermaksud ‘bahasa’ atau ‘perbualan’.
Di Malaysia, terdapat banyak loghat dan dialek yang berbeza-beza. Walaupun bunyinya berlainan dan kedengaran asing tetapi ia boleh dianggap sebagai warisan tinggalan nenek moyang sepanjang zaman.
Seperti Semenanjung Malaysia, terdapat loghat dan dialek yang biasa didengar. Ada dialek Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang contohnya mung, ambo, kawe dan pelbagai lagi. Sementara di bahagian utara dan sedikit barat Semenanjung, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa bahagian di Perak lebih mesra dengan loghat utara seperti hang, teman, chek, awok dan sebagainya. Tidak ketinggalan dialek Jawa yang banyak digunakan di Johor dan secebis kawasan di Selangor.
Malu cakap loghat sendiri?
Isu ini sering kita dengar malah ada dalam kalangan kawan sekeliling malu bertutur bahasa sendiri kerana takut diejek. Memang diakui jika bertutur dalam loghat kenegerian, masyarakat akan tahu tempat asal kita. Itu antara punca anak muda yang berhijrah ke bandar tidak mahu bercakap bahasa loghat sendiri walaupun baru sebulan menetap di kota.
Tak dinafikan jika bertemu dengan rakan sama negeri, secara automatik kita akan terus bertutur dalam loghat sendiri. Ditanya kenapa perkara ini berlaku, beberapa anak perantau yang berasal dari negeri berlainan berpendapat bukan ejekan yang menjadi punca loghat tidak dipraktikkan di ibu kota tetapi faktor komunikasi adalah sebab utama.
Komunikasi di sini bermaksud jika loghat menjadi bahasa seharian, ia tak semestinya difahami setiap orang apatah lagi loghat negeri yang sukar dimengerti seperti Kelantan atau Negeri Sembilan. Oleh demikian, dengan berbahasa baku dapat memudahkan lagi komunikasi dengan sesiapa saja tanpa mengira dari mana asalnya.
Kata mereka, ejekan daripada kawan sudah biasa bahkan ia ibarat gurau senda yang perlu ada setiap hari. Jika bukan ejekan, ada sebilangan rakan yang dilahirkan di bandar atau negeri lain berminat untuk belajar bahasa loghat membuatkan mereka terpaksa menggunakan bahasa baku untuk memudahkan perbualan.
‘Speaking’ lebih urban
Bagi sesiapa yang malu untuk bertutur dalam bahasa negeri masing-masing, ada pilihan lain untuk mereka. Bercakap dalam bahasa loghat tidak akan menampakkan seseorang itu urban tetapi ‘speaking’ atau gunakan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan Inggeris atau Manglish) boleh naikkan aura seseorang. Itu antara mentaliti yang sering membelenggu anak muda.
Apa salahnya bertutur bahasa baku atau loghat negeri? Tak ada salahnya kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia melestarikan bahasanya. Di bandar, masyarakat sekeliling bertutur bahasa rojak secara tak langsung membentuk satu budaya dan mempengaruhi generasi muda.
Gaya moden di bandar raya sedikit sebanyak mendesak anak muda perantauan untuk belajar bahasa Inggeris sekali gus melupakan loghat sendiri. Semata-mata untuk kelihatan ‘stylo’ dan dipandang ‘up-to-date’, ada segelintir yang cuba sehabis baik untuk sembunyikan loghat masing-masing tetapi berusaha keras untuk ‘speaking’ walaupun menggunakan bahasa rojak.
Anda istimewa!
Loghat ibarat keistimewaan yang ada pada seseorang. Bagi anda yang bukan berasal dari ibu kota, perlu berasa bangga kerana boleh bertutur dalam banyak bahasa selain bahasa Melayu baku.
Tak semua penduduk di Malaysia tahu berbahasa loghat. Ada di antaranya yang suka mendengar loghat tertentu hingga sanggup belajar berbulan-bulan untuk fasih berbicara. Ternyata, setiap negeri dengan setiap loghat berbeza mempunyai auranya tersendiri. Walaupun ada yang sukar difahami dan susah disebut tapi percayalah, ia satu kelebihan kepada anda.
Sesuatu untuk kita berfikir. Tak kisahlah berasal dari Utara, Selatan, Timur, Barat atau orang Asli sekali pun, kalau kita generasi muda sendiri malu untuk bercakap loghat bahasa dengan bangganya, apa akan jadi dengan bahasa kita 50 tahun akan datang?

No comments:
Post a Comment