Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.
Biarpun sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karakter empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.
Selari dengan identiti dan imej kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.
Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karakter sebenar lelaki.
Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karakter sebenar lelaki.
Haruman lelaki boleh terdapat dalam beberapa bentuk iaitu ‘perfume’, ‘cologne’ dan pelembap selepas cukuran. Biasanya ia adalah campuran minyak wangi dan air.
Tapi, anda perlu beringat, walaupun ada pelbagai haruman di pasaran, namun haruman biasanya berlandaskan cita rasa. Tak semestinya anda serasi memakainya, rakan anda juga begitu. Itulah yang menjadi masalahnya.
Tambah pula, ada lelaki yang bimbang untuk membeli minyak wangi kerana takut diketawakan lantaran terbeli wangian berbau terlalu feminin.
Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karakter diri, sama ada romantik, punya kredibiliti, profesional, periang, tegas dan bercirikan individu.
Tidak sekadar menarik dari segi rekaan botol, setiap jenama minyak wangi memiliki identiti tersendiri.
Lelaki pada dasarnya mahu minyak wangi daripada jenis tahan lama selain mementingkan imej sofistikated atau kelelakian jenama haruman yang berprestij.
Pasaran besar
Fungsi haruman lelaki merangkumi perbezaan siang dan malam di mana unsur segar dan lembut lebih sesuai digunakan waktu siang manakala haruman jenis berempah dan kasturi sesuai disembur pada waktu malam.
Misalnya, lelaki Melayu lebih cenderung mengenakan minyak wangi yang mampu memberi kesan haruman lebih kuat serta tahan lebih lama berbanding lelaki Cina yang suka bauan lembut dan mencerminkan profesionalisme.
Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri.
Mengikut perangkaan jualan minyak wangi, potensi pasaran untuk haruman lelaki semakin menggalakkan. Ini membuatkan banyak jenama meningkatkan kandungan selain mempelbagaikan haruman baru termasuk kandungan dwi-jantina.
Menyentuh soal cita rasa minyak wangi berdasarkan usia pula, subjek itu tidak pernah wujud. Kesukaan haruman tidak dibatasi usia dan pengelasan minyak wangi berdasarkan umur hari ini dilakukan sendiri oleh masyarakat.
Contoh ketara ialah wangian sitrus dan kayu-kayan yang sering dilabelkan untuk jejaka berusia yang bersifat matang manakala minyak wangi energetik tertumpu pada lelaki muda.
Bagaimanapun memetik nasihat saintis berpangkalan di Singapura, seseorang itu hendaklah menyembur wangian pada jarak enam hingga tujuh sentimeter dari kulit.
Mitos bahawa tidak boleh menggosok minyak wangi selepas disembur juga boleh diaplikasi kerana kaedah itu tidak merosakkan tekstur wangian itu. Ia sebaliknya membantu membebaskan bahan peringkat atasan (top notes) lebih pantas.
Bagi membuatkan haruman bertahan lama, semburkan minyak wangi pada sesuatu seperti kot, lengan atau rambut.
Jika anda menggunakan haruman jenis Eau de Toilette (EdT), sembur setiap enam jam bagi mengembalikan bau. Kalau mahu menukar haruman, pastikan anda mandi terlebih dulu bagi mendapat kesan terbaik.
Mengimbas sejarah bermulanya minyak wangi, seni pembuatannya bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang dalam kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14.
Perkataan ‘perfume’ itu sendiri dipercayai berasal daripada ungkapan Latin.
No comments:
Post a Comment