Monday, November 18, 2013

Individu aktif kurang risiko strok

Isi masa berkualiti dengan pelbagai aktiviti termasuk berkebun 

Kajian menunjukkan berkebun di taman atau sekeliling rumah boleh memanjangkan umur warga emas berusia 60 tahun ke atas berbanding hanya duduk berehat di sofa atau tidur sepanjang masa. 
Kajian yang dilakukan di Sweden terhadap seramai 4,232 individu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Sukan Britain juga mendedahkan risiko serangan jantung dan strok boleh di atasi dengan pergerakan aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. 


Hasil kajian dilakukan pakar Hospital Universiti Karilinska Stockholm, mendapati mereka yang lebih aktif setiap hari mempunyai risiko paling rendah mendapat serangan jantung manakala mereka yang aktif tetapi tidak melakukan senaman berhadapan risiko lebih rendah berbanding mereka yang melakukan sebarang aktiviti. 

Kurang risiko strok 

Mereka yang aktif mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau strok sebanyak 27 peratus dan mengurangkan risiko kematian sebanyak 30 peratus. 

Laporan itu menjelaskan, kehidupan harian aktif secara keseluruhannya memberikan manfaat berguna kepada kesihatan kardiviskular dan memanjangkan usia warga tua dan tidak mengira apa juga senaman. 
Penemuan itu dilihat mempunyai kaitan kajian klinikal bagi golongan dewasa yang sering memperuntukkan banyak masa di sofa atau berbaring di atas katil saja. 

Selain itu, warga tua kini cenderung menghabiskan lebih banyak masa dengan berehat dan kurang bersenam berbanding mereka yang muda. 

Jadi, mereka melihat aktiviti seperti mencuci kereta, membaiki rumah, memotong rumput, memetik buah beri dan memburu antara perkara yang dicadangkan untuk memanjangkan jangka hayat warga emas. 

Perlu aktif 

Kajian menunjukkan duduk dalam jangka masa lama boleh mengurangkan kadar lemak dan kekurangan aktiviti boleh mengubah hormon yang dihasilkan dalam tisu otot. 

Perunding Kehormat Kardiologi Sheffield Teaching Hospitals, Dr Tim Chico, berkata walaupun kajian ini hanya mengkaji mereka berumur 60 tahun, ia adalah munasabah dengan menganggap seseorang yang lebih aktif sepanjang hayat mereka lebih rendah risiko mendapat penyakit kardiovaskular. 

“Mesej kajian ini adalah mudah. Jika anda ingin mengurangkan risiko penyakit jantung, perlu aktif dan jangan duduk dalam tempoh masa lama. Berdiri atas kaki anda dan nikmati pergerakan anda,” katanya. 

Galakkan senaman 

Sementara itu, jururawat kanan jantung di Yayasan Jantung Britain, berkata aktif secara fizikal penting untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. 

Bagaimanapun, tidak semestinya anda perlu menjadi ahli gym untuk berbuat demikian. 

“Selagi senaman membuatkan anda rasa hangat, bernafas kencang dan jantung berdenyut lebih cepat, aktivit yang dijalankan sendiri dan berkebun selama 150 minit setiap minggu adalah aktiviti yang disyorkan untuk gaya hidup sihat,” katanya. - BBC

No comments:

Post a Comment